Simbah asid: Polis ambil sampel cecair di kilang getah bantu siasatan

Simbah asid: Polis ambil sampel cecair di kilang getah bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Polis merampas sampel asid di kilang getah yang merupakan tempat kerja dua suspek termasuk seorang wanita yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes simbah asid ke arah seorang pemilik spa di Beris Kubur Besar, di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaludin berkata, sampel asid itu diambil selepas penahanan seorang wanita berusia 38 tahun dan rakannya 45 tahun dalam serbuan di kilang getah tersebut di Kuala Krai, dekat sini, baru-baru ini.

“Buat masa ini, kita sedang menunggu laporan analisis dari Jabatan Kimia untuk mengenal pasti sama ada sampel yang dirampas itu sama atau sebaliknya dalam kes ini.

“Selain itu, polis memohon lanjutan tempoh tahanan reman terhadap suspek wanita hari ini kerana siasatan belum lengkap. Masih ada perkara yang masih perlu disiasat,” katanya hari ini.

Mohamad Ismail berkata, motif sebenar kejadian simbah asid itu akan diketahui selepas semua laporan lengkap.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, seorang pemilik spa dan salon kecantikan parah selepas diserang empat ‘pelanggan’ termasuk tiga wanita berpurdah dengan cecair asid ketika berada di premisnya di pekan Beris Kubur Besar pada 17 Mei lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN