JOHOR BAHRU: Polis sedang mencari seorang lelaki yang membawa anjingnya ketika minum di sebuah restoran nasi kandar di Segamat Baru, di mana videonya tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah berkata, selepas video berkenaan ditularkan oleh individu di media sosial, semalam pihak polis berusaha mengesan lelaki berkenaan.
Katanya, berdasarkan siasatan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari pada Ahad lalu.
Dalam video tersebut lelaki itu dipercayai berusia sekitar 20-an dilihat meletak anjing itu di atas bangku restoran berkenaan sebelum pekerja premis terbabit tampil membuat laporan polis. – UTUSAN










