Shuib takut kehilangan Watie selepas disahkan hamil - Utusan Malaysia

Shuib takut kehilangan Watie selepas disahkan hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kali kedua melalui fasa kehilangan, pelawak dan usahawan, Shuib memberitahu dia dihantui perasaan gelisah di saat isterinya, Watie Hanifiah mengesahkan dirinya hamil.

Menurut Shuib, kegelisahan itu muncul kerana takut Watie melalui nasib yang sama seperti arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia ketika melahirkan anak keempat mereka, Ayash Affan.

“Perasaan itu datang secara tiba-tiba. Apabila Watie bagitahu dia mengandung, saya rasa takut hilang dia.

“Dulu orang pernah cakap dekat saya, Sarah meninggal dunia sebab melahirkan anak keempat. Jadi, bila Watie mengandung, perasaan itu kembali datang.

“Saya banyak kali bagitahu Watie, saya takut perkara sama berulang lagi. Watie cuma cakap ‘itu jalan yang Sarah lalui’,” katanya menerusi temu bual bersama Melodi.

Dalam pada itu, Shuib turut mendedahkan bahawa Watie mengalami keguguran berkemungkinan kerana tidak mendapat rehat yang secukupnya.

“Memang kami merancang itu tidak uar-uarkan kepada orang ramai dahulu. Kami rancang untuk memberitahu pada usia kandungannya genap empat bulan.

“Tetapi Watie ini dia sibuk, dia ada dalam empat penerbangan yang perlu dilalui sewaktu dalam trimester pertama itu. Apabila tahu dia mengalami keguguran, dia menangis sangat teruk. Tetapi itulah tiada rezeki.

“Hari pertama dan kedua, Watie tak mahu bercakap dengan sesiapa kecuali saya dan anak-anak. Minggu pertama agak mencabar untuk saya fahamkan Watie dengan ujian ini. Tapi sekarang Alhamdulillah Watie semakin baik keadaannya,” jelasnya.

Menerusi temu bual itu, Shuib turut memohon orang ramai mendoakan agar isteri tercintanya itu diberikan kekuatan untuk reda dengan ujian yang menimpa mereka sekeluarga.

Pada 11 Mei lalu, Watie mendedahkan dirinya mengalami keguguran setelah sekian lama menantikan kehadiran cahaya matanya yang diberi nama Bintang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN