Saya pentingkan maruah - Adam Lee tolak tawaran berlawan - Utusan Malaysia

Saya pentingkan maruah – Adam Lee tolak tawaran berlawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Adam Lee, rela menolak tawaran menyertai pertandingan Kejohanan Sukan Tempur selagi tidak mempunyai persediaan cukup daripada menunjukkan prestasi pertarungan kurang memuaskan. 

Jelas Adam atau Muhammad Arif Adam bin Mohamed Fadlee, 30, prinsip itu membuatkannya menolak untuk bertarung di Sukan Tempur Fury Championship yang berlangsung minggu lalu. 

Saya dapat tawaran untuk bertanding di perlawanan Fury, tapi saya tolak. Saya sudah berkecimpung lama dalam sukan ini sejak zaman sekolah lagi. Perlu ada persediaan yang cukup, mana boleh main masuk sahaja. 

“Saya pentingkan maruah, bukannya sekadar mahu berlawan di atas pentas,” katanya yang berpengalaman berlawan jenis sukan Muay Thai dan tinju.

Tambah pelakon Puteri Yang Ditukar itu lagi, bagi seorang fighter apa yang lebih penting bukanlah gelaran juara sebaliknya kualiti kemahiran bertarung di gelanggang.

“Kalah atau menang adat pertandingan, perlawanan pertama dahulu saya menang, tapi saya tercungap macam tidak cukup nafas. 

“Bagi saya untuk berlawan, lebih baik fokus diberikan kepada  prestasi persembahan jangan nampak macam tidak bersedia,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini. 

Dalam perkembangan lain, Adam membawakan karakter antagonis bernama Daniel menerusi drama terbaharu terbitan VIU, Pabila Dia Tersenyum

“Saya mahu keluar dari zon selesa iaitu watak hero yang bergaduh kemudian berbaik semula. Walaupun watak yang diberikan kepada saya itu tidak besar, saya terima jika karakter dan jalan ceritanya bagus. 

“Saya faham ada sesetengah orang mahu kekal menjadi hero, tapi seorang Adam Lee ingin menjadi pelakon yang  versatile,” ceritanya.

Turut sama menjayakan naskhah itu ialah Alya Iman, Amir Ahnaf dan Marissa Yasmin. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya