Sarah Hildebrand bakal timang cahaya mata - Utusan Malaysia

Sarah Hildebrand bakal timang cahaya mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Sarah Hildebrand memaklumkan dia bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Sarah yang kini menetap di Amerika Syarikat (AS) memaklumkan perkara itu menerusi foto ‘ultrasound’ kehamilannya yang kini genap 20 minggu.

“Segalanya sedang berkembang,” tulisnya di ruangan kapsyen Instagram.

Sebelum ini, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu pernah memuat naik foto memaparkan keputusan ujian kehamilannya.

Malah, Sarah mengakui dirinya sedang bahagia mengumpul kenangan indah bersama keluarga kecilnya di sana.

“Lama tidak berjumpa. Saya sedang sibuk menjalani kehidupan di luar skrin dan mengumpul detik-detik berharga.

“Ini salah satu perkara yang saya tak dapat tahan untuk kongsikan,” katanya.

Pada 2022, Sarah memaklumkan pengunduran dirinya dari industri lakonan tanah air dan berhijrah ke AS demi meneruskan kerjayanya sebagai anggota Tentera Udara di AS.

Kemudian, pelakon itu pada Ogos lalu mendedahkan dirinya sah bergelar isteri kepada seorang jejaka kelahiran AS.

Namun, pelakon itu tidak mendedahkan identiti mahupun maklumat terperinci mengenai suaminya itu.

Terdahulu, Sarah pernah berkahwin dengan pelukis kacukan Filipina-Amerika, Otto Gillen pada 3 November 2019 namun bercerai tidak lama kemudian.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya