Saifuddin jumpa KSN bincang jawatan Ketua Pengarah AKPS

Saifuddin jumpa KSN bincang jawatan Ketua Pengarah AKPS

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan bertemu dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini bagi membincangkan jawatan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS).

Menurutnya, pihaknya akan memaklumkan perkembangan semasa mengenai perkara itu dan mengesahkan belum ada calon bagi mengisi jawatan berkenaan.

“Saya akan jumpa dengan Tan Sri KSN sekejap lagi,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perhimpunan kementeriannya, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, KDN sedang mengenal pasti calon untuk mengisi jawatan Ketua Pengarah AKPS, yang kini kosong susulan persaraan Datuk Seri Hazani Ghazali pada 9 Februari lalu.

Saifuddin berkata, proses pemilihan calon untuk mengemudi AKPS juga telah dibincangkan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu, media hari ini melaporkan, AKPS yang bermula pada bulan depan, diletakkan di bawah pemantauan ketat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selaras dengan pembentukan agensi tunggal baharu di bawah KDN mengawal sempadan, langkah itu adalah sebagai tindakan pencegahan awal membanteras salah laku rasuah serta integriti serta ketirisan di sempadan negara.

SPRM bukan sahaja memantau perlakuan membabitkan rasuah dan intergriti, tetapi juga untuk mengukuhkan tadbir urus yang baik di agensi yang disifatkan berisiko tinggi itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN