Saham pengeluar pesawat pejuang Rafale jatuh 

Saham pengeluar pesawat pejuang Rafale jatuh 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Saham syarikat pengeluar pesawat Rafale Dassault Aviation dari Perancis mengalami penurunan nilai sebanyak 6 peratus selepas tiga buah pesawat berkenaan ditembak jatuh tentera Pakistan dalam konflik terbaharu India-Pakistan di Kashmir.

Memetik laporan portal The Current,  saham pengeluar pesawat JF-17 iaitu  Chengdu Aircraft Corporation (CAC) dari China pula mencatatkan peningkatan sebanyak 11.85 peratus. 

Penurunan saham Dassault Aviation mencerminkan kebimbangan pelabur terhadap prestasi dan reputasi produk utama syarikat itu dalam konflik sebenar.

Setakat ini, tentera Pakistan mendakwa pihaknya telah menembak jatuh lima pesawat pejuang India susulan ketegangan yang semakin meningkat di wilayah Kashmir. 

Antara pesawat yang ditembak jatuh termasuk tiga buah Rafale, sebuah Sukhoi SU30 dan sebuah MIG-29 yang dikatakan berada dalam ruang udara India. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN