Rupa-rupanya dia masih sayangkan saya - Nora Ariffin lega suami belum lafaz talak - Utusan Malaysia

Rupa-rupanya dia masih sayangkan saya – Nora Ariffin lega suami belum lafaz talak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bagai ada sinar, penyanyi, Datuk Nora Ariffin mengakui lega apabila suaminya, Dr. Rushdi Ramli tidak melafazkan talak pada sebutan pertama kes perceraian yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, pagi ini.

Nora berkata, dia tetap memerlukan ruang untuk berfikir usaha lain untuk mempertahankan rumah tangganya sekiranya perceraian itu tidak berlaku.

“Apa yang difahamkan, Dr. Rushdi menolak untuk perceraian ini. Saya mohon ruang untuk melalui semua ini dan perlu fikir kalau teruskan adakah saya perlu melalui situasi yang sama lagi.

“Saya berasa seronok juga sebab rupa-rupanya dia masih sayang pada saya. Tetapi kena fikir langkah seterusnya macam mana.

“Kami tidak bermusuh dan tiada benda yang nak benci dia. Sebab dia terlalu baiklah jadi begini. Namun, saya berserah,” katanya.

Nafi mencipta situasi, penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu mengakui tindakannya memfailkan perceraian kerana sudah penat untuk berdepan dengan kemelut yang menimpa rumah tangga.

“Saya bukan mahu cipta situasi atau drama. Saya tidak perlukan semua itu kerana saya hanya mahu bersihkan nama saya. Tindakan saya fail cerai pun kerana sudah terlalu penat melalui semua ini. Memang boleh bertahan tetapi sampai bila?

“Saya sudah buat apa yang patut dilakukan. Hari ini pun keputusan dia yang tidak dipengaruhi mana-mana pihak. Walaubagaimanapun, sebagai isteri saya perlu hormat dan berbincang selepas ini,” jelasnya.

Dalam masa sama, Nora mengakui dirinya terbuka untuk melakukan perbincangan bersama suami jika mempunyai keperluan memandangkan hubungan mereka masih baik.

“Tengok keadaan macam mana, jika ada keperluan, kami akan berkomunikasi kerana kami pun tidak bermusuh. Semua ini berlaku disebabkan gangguang anasir luar dan bukan daripada kami sendiri,” ujarnya.

Hari ini, Mahkamah Rendah Syariah Petaling telah menetapkan tarikh sebutan kedua kes perceraian Nora dan suami pada 4 Jun ini.

Nora sebelum ini turut hadir ke mahkamah yang sama bagi memfailkan perceraian terhadap Dr. Rushdi selepas gagal menemui jalan damai terhadap kemelut rumah tangganya.

Terdahulu, Nora mengesahkan dirinya sudah bergelar isteri kepada Dr. Rushdi pada akhir tahun 2021.

Sebelum ini, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer, Allahyarham Johan Nawai pada 1992 namun, komposer itu meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya