Iftar makan bertalam di Kebun Puisi

Iftar makan bertalam di Kebun Puisi

konsp iftar makan bertalam di Kebun Puisi membei peluang pengjung merasai pengalaman suasana kampung.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Berkunjung ke Kebun Puisi, Bangi Lama sebuah kawasan persendirian yang menawarkan kemudahan serta suasana bagi penganjuran sebarang acara amat mengujakan.

Masakan tidak, suasana ala kampung atau dusun amat menggamit memori mereka yang menggemari suasana tersebut selain menawarkan menu tradisional menyelerakan.

Sepanjang Ramadan ini, Kebun Puisi menawarkan set bertalam untuk iftar atau berbuka puasa dengan konsep menu lapan dalam satu.

 

Kebun Puisi berkeluasan suku ekar menjadi tumpuan orang ramai yang ingin menikmati makanan tradisional di luar Ramadan, terus mendapat perhatian mereka yang ingin suasana tenang, menikmati makanan terutama yang inginkan suasana damai.

Kebun Puisi di Jalan Lima Bangi Lama, beroperasi menawarkan lima set iftar pada Ramadan ini. Set iftar itu boleh dipilih berdasarkan selera pengunjung pada harga RM145 dan boleh dinikmati antara empat hingga lapan orang sekeluarga.

Lima set yang ditawarkan itu mengambil kira selera tempatan yang mengutamakan lauk kampung. Satu set tersebut menyediakan dua hidangan lauk pilihan iaitu ayam atau daging, ayam atau ikan, selain ikan atau daging.

Pengurus II Kebun Puisi Siti Fatimah Sharif berkata, menu yang ditawarkan menampilkan selera kampung kerana kedudukannya dalam kawasan kampung Bangi Lama.

Apabila menikmati hidangan iftar, makanan yang diletakkan dalam talam dalam suasana kampung pastinya bukan sahaja menyelerakan tetapi juga menggamit memori.

Ibu bapa yang mahu mengembalikan memori silam, menikmati makanan di wakaf kayu boleh merasai suasana tersebut di Kebun Puisi yang menawarkan kedua-duanya, suasana dan selera kampung.

Mereka yang berminat boleh sahaja membuat tempahan dan set makanan yang disediakan tertakluk kepada hari yang mereka pilih untuk menikmati iftar.

Set makanan bertalam untuk iftar yang ditawarkan dengan dua lauk utama dan disertakan dengan sayur sayuran kuih dan minuman atau sehingga lapan sajian satu set.

Siti Fatimah berkata, Kebun Puisi juga menawarkan cekodok pisang dan cekodok bawang yang terus disediakan sebaik sahaja ditempah oleh pelanggan.

 

 

 

“Cekodok hanya akan disediakan apabila ditempah terus daripada pelanggan supaya dapat dinikmati dalam keadaan panas,” ujarnya.

Harga satu set adalah RM5 yang mengandungi 12 biji sekodok. Penggemar sate juga berpeluang menikmati makanan mereka dalam keadaan panas.

Selain itu, kuih tradisional juga ditawarkan kepada mereka yang menggemarnya. Kuih-muih ditempah daripada penduduk kampung berhampiran. Signature selera kampung bertujuan menaikkan ekonomi orang kampung. Satu set iftar ialah RM145 atau RM35 seorang. Set hidangan disediakan mengikut tarikh kecuali tempahan bufet minimum 30 pax.

Selain itu setiap set mengandungi jenis lauk dan sayur berbeza antaranya adalah buah buahan, kurma, sambal dan ulam, kuih serta air sejuk.

Menikmati di Kebun Puisi menjanjikan memori indah kepada pengunjung yang menawarkan menu menyelerakan dan suasana menamaikan. Ramadan kali ini memang sesuatu yang manis dan terus di kenang dengan sajian dan suasana. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×