Rizab Harimau Diraja produk baharu Ulu Tembeling

Rizab Harimau Diraja produk baharu Ulu Tembeling

AL-SULTAN Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (lima dari kiri) bersama tetamu ketika berangkat melawat rizab pemuliharaan Harimau Malaya di Padang Ragut Bertih, Ulu Tembeling, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Penduduk Ulu Tembeling di sini menyambut baik pembangunan Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah di Hutan Simpan Gunung Aais berdekatan Kampung Bantal, yang merupakan antara usaha jangka panjang untuk pemuliharaan biodiversiti, haiwan liar dan pembangunan sektor pelancongan.

Penduduk Kampung Bantal, Mohd. Zaimi Ali, 58, berkata, pembukaan itu merupakan keprihatinan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi jaminan Harimau Malaya dipulihara termasuk haiwan liar lain dalam tempoh jangka panjang untuk pengetahuan generasi akan datang.

“Sebagai penduduk di sini, saya menjunjung kasih serta amat menghargai usaha Sultan Pahang dan keluarga baginda menjadikan rizab tersebut untuk pembiakan Harimau Malaya supaya tidak pupus, selain melindungi alam sekitar kawasan Ulu Tembeling,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Rakannya, Zulkifly Jamaludin, 60, berkata, pembangunan Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah merupakan tarikan baharu yang boleh mengangkat Ulu Tembeling dikenali di seluruh dunia.

“Kemungkinan pencinta haiwan liar seperti Harimau Malaya dan haiwan lain datang berkunjung ke sini untuk membuat kajian dan sebagainya antara platform menjana pembangunan sektor pelancongan berasaskan alam sekitar dan pemuliharaan Harimau Malaya,” katanya.

Sementara itu, Tengku Mah­kota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ketika berangkat pada majlis itu bertitah, peruntukan besar daripada Emiriyah Arab Bersatu (UAE) berjumlah hampir RM100 juta menunjukkan bahawa orang luar mula percaya dan yakin akan inisiatif yang diperjuangkan selama ini iaitu memelihara dan memulihara Harimau Malaya serta melindungi alam sekitar.

Titah Tengku Hassanal, pasukan baginda sendiri iaitu Enggang Management Services (EMS) akan memastikan penduduk di situ turut menerima limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan dengan wujudnya Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah.

“Jadikan tempat ini sebagai kawasan ekopelancongan de­ngan membina pusat inap yang selesa serta pada masa sama menyediakan kursus dan latihan yang bersesuaian kepada penduduk seperti bidang hospitaliti, komunikasi dan latihan aspek keselamatan ter­tentu,” titah baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya