‘Rasa kosong itu petanda memang sudah nekad‘ - Utusan Malaysia

‘Rasa kosong itu petanda memang sudah nekad‘

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kekuatan dan ketabahan pelakon jelita, Nur Fazura yang cekal meneruskan kehidupannya selepas bercerai terus menjadi inspirasi dalam kalangan wanita yang senasib dengannya.

Tampil menitipkan kata-kata semangat, Fazura berkata setiap kekosongan yang menyelubungi diri seorang wanita setelah bercerai itu menandakan bahawa mereka sudah benar-benar nekad dengan keputusan yang telah dilakukan.

“Awak akan menjadi kuat dengan izin dan bantuan Allah. Jika ada rasa kosong itu petanda memang sudah nekad sehabisnya.

“Itu adalah yang terbaik, sekurang-kurangnya saya boleh katakan untuk diri saya sendiri,” katanya menerusi sebuah perkongsian di Threads.

Fazura berkata demikian susulan menyedari luahan seorang netizen yang menyatakan dirinya terasa kosong selepas bercerai dengan suaminya meskipun berpisah secara baik.

Malah, wanita tersebut turut berharap dirinya dikurniakan kekuatan dan ketabahan sama seperti aktres filem Pisau Cukur itu yang kini sudah bergelar ibu tunggal.

“Baru bercerai semalam secara baik. Tak ada rasa apa. Kosong. Tetapi saya rasa lega. Saya harap saya sekuat Fazura. Ibu tunggal yang kuat sepertinya,” kata netizen itu.

Simpati dengan nasib wanita tersebut, Fazura turut mendoakan agar individu itu dikurniakan ketenangan dalam kehidupannya yang mendatang.

“Semoga dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan sejati,” kata Fazura.

Pada 7 Oktober tahun lalu, Fazura dan pelakon, Fattah Amin disahkan bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Terdahulu, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN