Ramai cuba dekati Sabronzo - Utusan Malaysia

Ramai cuba dekati Sabronzo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tidak dinafikan, rupa paras anggota kumpulan Dolla yang seorang ini memang cantik. Wajah wanita Melayu yang unik. Dia pun tidaklah putih cerah benar, tapi warna kulit Sabronzo memang asli cantik sebagai seorang wanita Melayu. 

Kalau Cik Bunga sebagai seorang wanita pun puji kecantikan yang dimiliki oleh Sabronzo, tak akanlah dia tidak menuai pujian daripada kaum lelaki bukan. 

Berbicara hal ini, Cik Bunga ada dengar cerita yang mana kalangan pelakon-pelakon muda dalam industri seni hiburan tanah air ini pun ramai yang sedang mencuba-cuba nasib nak mendekati Sabronzo. 

Timbul lah juga beberapa nama, tetapi Cik Bunga jadi skeptikal pula dengan mereka ini. 

Satu sebab, menurut sumber Cik Bunga, yang hendak dekati Sabronzo itu pun semuanya lelaki berhidung belang. 

Dalam erti kata lain, bukan mahu serius pun. Semua itu ada agenda hitam masing-masing. Iyalah, sebab masing-masing pun kaki perempuan.

Kita tahulah sebab sebelum ini pun pernah diberitahu mengenai perangai kasanova artis-artis lelaki itu. Tetapi, apabila Cik Bunga dengar yang Sabronzo pun sekarang sudah ada teman istimewa. 

Mujurlah. Harap-harap artis-artis  lelaki berhidung belang yang cuba hendak mengurat Sabronzo itu berundurlah ya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN