Satu kematian tahun ini kerana cuaca panas

Satu kematian tahun ini kerana cuaca panas

DR. DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas termasuk satu kematian membabitkan seorang kanak-kanak direkodkan tahun ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, suhu yang tinggi ketika ini memerlukan orang ramai lebih berhati-hati serta peka terhadap risiko kesihatan yang boleh berlaku akibat pendedahan berpanjangan kepada haba.

Katanya, orang ramai perlu mengenali tanda-tanda awal masalah kesihatan berkaitan suhu panas seperti pening berterusan, rasa haus melampau dan peningkatan suhu badan.

“Cuaca panas melampau sekarang menuntut kita untuk lebih peka. Sila awasi tanda-tanda awal strok haba.

“Sekiranya ada tanda-tanda ini, amalkan langkah-langkah pencegahan segera dengan mencari tempat yang teduh, banyakkan minum air kosong dan sejukkan badan dengan segera,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Dzulkefly turut mengingatkan masyarakat terutama ibu bapa supaya tidak meninggalkan kanak-kanak dalam kenderaan tanpa pengawasan, walaupun untuk tempoh singkat.

“Paling penting, jangan sesekali tinggalkan anak-anak atau sesiapa sahaja dalam kenderaan tanpa pengawasan walaupun untuk seminit,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN