JOHOR BAHRU: Datuk Seri Rafizi Ramli didakwa gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR selepas tewas kepada Nurul Izzah Anwar dalam pemilihan parti itu, hari ini.
Perkara itu dinyatakan salah seorang pegawainya, Syukri Razab menerusi akaun Facebook.
“Alhamdulillah. Kalah dah. Begitulah ceritanya,” katanya.
Dalam ruangan komen, ramai menyatakan simpati dengan Rafizi yang juga Menteri Ekonomi.
“Semua dah fix, mestilah kalah,” tulis seorang pengguna media sosial di ruangan tersebut.
Namun begitu sehingga pukul 7.30 malam ini belum ada keputusan rasmi dikeluarkan.-UTUSAN