Rafizi akui PKR berdepan risiko politik wang

PKR berdepan risiko politik wang, kata Rafizi

RAFIZI Ramli semasa menyampaikan ucapan pada Program Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa (HIRUK) Kelantan dan Terengganu, di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Calon Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Rafizi Ramli mengakui parti itu berdepan risiko amalan politik wang yang dianggap sebagai salah satu bentuk rasuah paling sukar dibuktikan.

Tegas beliau, selain PKR, parti yang menjadi pemerintah atau kerajaan turut berdepan dengan risiko tersebut termasuk salah guna kuasa.

“Kalau kita maklumkan kepada rakyat bahawa kita tidak berdepan dengan risiko ini (politik wang, salah guna kuasa), rakyat tidak akan percaya,” katanya kepada pemberita selepas Program Jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa (HIRUK) Kelantan dan Terengganu di sini malam tadi.

Ahli Parlimen Pandan itu memberitahu, rakyat hari ini sudah celik dan mampu menilai sendiri kelaluan calon dan parti ketika berkempen khususnya melibatkan majlis atau program politik dijalankan.

Katanya, sebelum ini kebanyakan majlis berlangsung di dewan biasa selain bertemu di kedai kopi.

“Namun, sekarang boleh buat makan besar di dewan penuh…siapa yang bayar semua itu?.

“Benda itu, samaada bukti atau tidak dan sebagaimanya kita tahu bahawa politik wang adalah salah satu daripada salah laku rasuah yang paling payah nak dibuktikan, tetapi rakyat boleh nilai,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN