Pukul pelajar tingkatan lima: 10 lelaki direman empat hari

Pukul pelajar tingkatan lima: 10 lelaki direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seramai 10 orang lelaki yang disyaki terbabit membelasah seorang pelajar tingkatan lima di Paroi, di sini, Jumaat lalu (kelmarin), direman selama empat hari.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, permohonan reman terhadap suspek dibuat di Mahkamah Majistret Seremban hari ini.

Menurutnya, kesemua suspek berusia 17 hingga 31 tahun yang ditahan sejak semalam direman sehingga 14 Mei ini bagi membantu siasatan.

“Sehingga tengah hari ini, tiada tangkapan baharu dibuat dan pihak polis masih mengesan suspek lain yang disyaki terbabit,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, media melaporkan kejadian rusuhan kira-kira pukul 3 pagi di kawasan berhampiran kedai makan dan gelanggang futsal Kampung Sentosa Jaya di sini

Mangsa mengalami kecederaan lebam di bahagian mata kiri dan sakit di seluruh badan dan siasatan awal mendapati, kejadian berpunca daripada selisih faham.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN