Pondok daif jadi rumah tujuh beranak

Pondok daif jadi rumah tujuh beranak

TENGKU Nor Shahida Tengku Hashim berada dalam pondoknya di Kampung Shukur, Dungun, Terengganu. – UTUSAN/ZAID MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Sepasang suami isteri bersama lima anak hidup dalam kedaifan di sebuah pondok ber­dindingkan kanvas dan zink, selain berlantaikan kertas tebal di Kampung Shukur, Hulu Du­ngun di sini, sejak dua tahun lalu.

Keluarga Tengku Nor Shahida Tengku Hashim, 41, dan suaminya, Tengku Hassan Tengku Jaafar, 48, terpaksa tinggal di situ selepas rumah mereka rosak dalam kejadian banjir besar pada Disember 2023.

Untuk punca pendapatan, Tengku Nor Shahida berniaga makanan dan minuman di wa­rung bersebelahan pondok de­ngan memperoleh hasil jualan kira-kira RM50 sehari, manakala Tengku Hassan bekerja sendiri dan mereka tidak mampu menyewa rumah.

Katanya, mereka mempu­nyai komitmen lebih penting untuk menyara lima anak berusia antara tiga hingga 21 tahun.

“Pendapatan hasil jualan itu digunakan untuk perbelanjaan makan dan minum keluarga selain dijadikan modal pusingan berniaga,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Tambah Tengku Nor Shahida, sebelum ini, dia memohon bantuan daripada pelbagai agensi kerajaan tetapi tiada sebarang jawapan.

Bagaimanapun, dia menarik nafas lega apabila ditawarkan sebuah rumah kecil oleh penduduk kampung, walaupun tidak mempunyai kemudahan asas seperti air dan elektrik.

Katanya, rumah kecil itu kini menjadi tempat tinggal sementara tiga anaknya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN