Polis ditahan SPRM, disyaki minta suapan daripada pasangan kekasih

Polis ditahan SPRM, disyaki minta suapan daripada pasangan kekasih

SPRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Dua anggota polis masing-masing berpangkat koperal dan konstabel ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal pagi tadi, dipercayai terlibat dalam kes meminta suapan daripada sepasang kekasih.

Kedua-duanya yang berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an bertugas di unit kereta peronda (MPV) ditahan kira-kira jam 2 pagi di pekarangan pejabat mereka bersama sejumlah wang tunai dipercayai hasil suapan tersebut.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila pasangan kekasih itu ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam sebuah kereta di kawasan Taman Petani Jaya, Khamis lalu.

“Mereka dibawa ke pejabat MPV untuk siasatan lanjut. Dalam proses mengambil keterangan, kedua-dua anggota terbabit dikatakan meminta wang sebagai syarat ‘menyelesaikan’ kes,” katanya di sini, hari ini.

Wanita terbabit kemudian menghubungi ahli keluarganya yang bertugas di SPRM Putrajaya, menyebabkan sepasukan pegawai SPRM Cawangan Sungai Petani segera bertindak menahan anggota terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan penahanan berkenaan namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN