PM zahir tahniah kemenangan PAP

 PM zahir tahniah kemenangan PAP

PERDANA Menteri Singapura, Lawrence Wong setelah memenangi 87 daripada 97 kerusi Parlimen dalam GE2025. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia melihat kemenangan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam Pilihan Raya Umum Singapura 2025 (GE2025) sebagai peluang mempereratkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menzahirkan ucapan tahniah kepada Wong, berkata, kemakmuran dan keselamatan Malaysia-Singapura tidak dapat dipisahkan berikutan kedua-dua negara berjiran ini bukan sahaja berkongsi kedudukan geografi malah diikat dengan hubungan kekeluargaan yang mendalam.

“Apabila kita menelusuri masa depan, kedua-dua negara kita sedang membina amalan kerjasama yang erat di semua peringkat, satu asas penting dalam menghadapi cabaran besar terhadap sistem global dan perdagangan antarabangsa.

“Bersama-sama, negara kita berpeluang menjadikan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura sebagai contoh cemerlang pencapaian jiran tetangga yang berpaksikan keyakinan dan matlamat bersama.

“Kita menantikan untuk mempererat lagi hubungan istimewa ini pada masa akan datang,” katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.

Anwar turut mendoakan kejayaan berterusan rakan sejawatnya itu dan seluruh pasukan pentadbiran Singapura dalam menggalas tanggungjawab kepimpinan bagi penggal baharu.

Media melaporkan PAP yang dipimpin Wong memperoleh mandat kukuh apabila memenangi 87 daripada 97 kerusi Parlimen dalam GE2025 dan mencatat peningkatan undi sah sebanyak 65.57 peratus, iaitu kira-kira empat mata lebih tinggi berbanding 61.24 peratus dalam pilihan raya sebelumnya.

Antara kawasan undi panas berjaya dimenangi PAP antaranya Kawasan Undi Perwakilan Kumpulan (GRC) Tampines, GRC Punggol, GRC East Coast, GRC West Coast-Jurong West serta Kawasan Undi Perseorangan (SMC) Jalan Kayu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya