PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia, Valdimir Putin di Kremlin hari ini.
Pertemuan tersebut dijangka akan diadakan pada pukul 1 tengah hari waktu tempatan (pukul 6 waktu Malaysia)
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan pelbagai isu dua hala dan potensi kerjasama Malaysia dan Russia beberapa bidang antaranya perdagangan, pelaburan, pertanian, pendidikan, aeroangkasa dan tenaga.
Selain itu, kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan isu perkembangan serantau dan antarabangsa.
Anwar dalam masa yang sama djadual mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri Russia, Mikahial Mishutin.
Beliau dalam masa yang sama akan menerima kunjungan Mufti Besar Persekutuan Russia, Sheikh Rvil Gaynutdin. – UTUSAN