Pertemuan Anwar, Mufti Besar Russia erat ukhuwah Islam 

Pertemuan Anwar, Mufti Besar Russia erat ukhuwah Islam 

ANWAR Ibrahim ketika menerima senaskhah al-Quran mushaf Uthmani dari Mufti Besar Rusia, Sheikh Ravil Gaynutdin yang juga Pengerusi Lembaga Agama Islam Persekutuan Rusia. - PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar Russia, Sheikh Ravil Gaynutdin bertujuan mempereratkan ukhuwah antara komuniti Islam Malaysia dan Moscow yang merentasi sempadan geografi dan kepelbagaian budaya.

Pertemuan yang diadakan sejurus sesi pertemuan rasmi beliau dengan Presiden Russia, Vladimir Putin, juga merupakan usaha penting bagi memperkukuh hubungan dengan lebih 25 juta umat Islam di Russia.

“Kami bertukar pandangan mengenai pelbagai isu yang menjadi kepentingan bersama, termasuk usaha memperkukuh institusi Islam, memperluas pertukaran kepakaran serta memperkasa industri halal di Russia dengan memanfaatkan kelebihan Malaysia sebagai peneraju pensijilan halal yang diiktiraf dunia.  

“Saya juga merakamkan penghargaan atas peranan aktif Sheikh Ravil dalam mempromosi keharmonian antara agama dan membina persefahaman dalam masyarakat majmuk Russia. Ini adalah usaha yang amat berharga dalam dunia yang semakin dicalari perpecahan, kebencian dan prejudis,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook.

Sebagai simbol persahabatan dan ikhtiar dakwah, Anwar menghadiahkan Sheikh Ravil senaskhah al-Quran bersama terjemahan dalam bahasa Russia, selari aspirasi Madani untuk mewakafkan sejuta al-Quran ke seluruh dunia bagi memperluas kefahaman terhadap ajaran Islam serta menangkis gelombang Islamofobia.

Sebagai balasan penuh makna, Sheikh Ravil yang juga Pengerusi Lembaga Agama Islam Persekutuan Russia turut menghadiahkan Perdana Menteri senaskhah al-Quran mushaf Uthmani dari Uzbekistan yang memiliki nilai sejarah dan menjadi simbol kelangsungan ilmu serta warisan keindahan Islam yang merentasi benua dan zaman.

Anwar kini dalam rangka lawatan rasmi selama empat hari ke Rusia bermula 13 Mei lalu, atas undangan Putin. Beliau dijadualkan meneruskan segmen kedua lawatan dengan berkunjung ke Kazan, Tatarstan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN