Permohonan tukar lesen memandu negara asing kepada LMM dihentikan

Permohonan tukar lesen memandu negara asing kepada LMM dihentikan

AEDY FADLY RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghentikan semua permohonan pertukaran lesen memandu negara asing kepada Lesen Memandu Malaysia (LMM) berkuat kuasa 29 Mei ini. 

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, keputsan itu adalah sebahagian daripada usaha memperketatkan pematuhan serta piawaian keselamatan jalan raya, selain memperkukuh tadbir urus dan mutu penyampaian perkhidmatan kerajaan.

“Mulai 19 Mei ini, semua permohonan pertukaran lesen memandu negara asing kepada LMM akan dihentikan sepenuhnya. 

“Warga asing yang ingin mendapatkan lesen memandu di Malaysia perlu menjalani proses penuh seperti yang dilalui oleh rakyat tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, hanya tiga kategori pemohon sahaja yang dikecualikan daripada perubahan dasar tersebut iaitu individu di bawah kor diplomatik, peserta Malaysia My Second Home (MM2H) serta warganegara Malaysia yang memperoleh lesen memandu asing sebelum memiliki LMM.

Dalam pada itu, Aedy menegaskan bahawa warganegara asing yang berada di negara ini untuk tempoh sementara kurang daripada 12 bulan masih dibenarkan memandu tertakluk kepada syarat-syarat sedia ada.

“Bagi warga negara Pejanji kepada Konvensyen Jalan Raya Geneva 1949 dan Vienna 1968, mereka boleh memandu menggunakan Permit Memandu Antarabangsa (IDP) yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa negara asal.

“Sementara itu, bagi pemegang lesen dari negara ASEAN, mereka hanya perlu menggunakan lesen negara asal selaras dengan perjanjian pengiktirafan lesen memandu domestik yang dimeterai negara-negara ASEAN sejak 1985,” katanya.

Jelas Aedy, penambahbaikan itu sejajar dengan komitmen kerajaan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya serta memperkukuh sistem penguatkuasaan dan penyampaian perkhidmatan awam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN