Pengintai tandas wanita direman empat hari

Pengintai tandas wanita direman empat hari

SUSPEK lelaki yang dipercayai mengintai pengguna tandas wanita di sebuah stesen minyak di Seberang Jaya baru-baru ini dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk mendapatkan perintah reman. UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki direman selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini bagi membantu siasatan berhubung kes menceroboh dan mengintai sebuah tandas wanita di stesen minyak, awal bulan ini.

Perintah reman terhadap suspek berusia 26 tahun itu yang dikeluarkan oleh Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh bermula hari ini sehingga Selasa depan.

Terdahulu, suspek tiba bersama beberapa tahanan lain dengan menaiki trak polis dan berbaju lokap berwarna jingga kira-kira pukul 10 pagi.

Semalam, media melaporkan, seorang lelaki yang tular selepas disyaki mengintai wanita dalam tandas sebuah stesen minyak di Seberang Jaya di sini, berjaya diberkas polis.

Polis membuat tangkapan itu selepas terkesan dengan satu rakaman video tular berdurasi 27 saat yang dimuat naik ke dalam aplikasi X memaparkan kejadian berkenaan.

Dalam rakaman video terbabit, suspek dilihat masuk ke tandas wanita dan merangkak untuk mengintai dari bahagian bawah pintu tandas.

Suspek bagaimanapun tergesa-gesa melarikan diri selepas kelakuan tidak senonohnya itu dikesan oleh kakitangan stesen minyak berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN