Pengerusi Mara mahu saman Mas Ermieyati

Pengerusi Mara mahu saman Mas Ermieyati

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan memulakan prosiding saman terhadap Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin kerana didakwa memfitnah agensi tersebut.

Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Mas Ermieyati menuduhnya menghabiskan dana Mara menerusi lawatan mengejutnya, program hafazan dan menghentikan pembiayaan pelajar dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Insya-Allah, barisan peguam Mara akan mulakan prosiding saman kepada beliau. Mula-mula saya ingat malas nak layan tapi sudah melampau dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan. Jumpa di mahkamah YB (Yang Berhormat) Mas!” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Asyraf Wajdi yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya terdapat pihak mahu mengkritiknya.

“Contohnya tidak wajar seorang pengerusi yang bukan eksekutif terjah ke institusi-institusi Pendidikan Mara seperti MRSM (Maktab Sains Rendah Mara), IKM (Institut Kemahiran Mara dan) KKTM (Koleh Kemahiran Tinggi Mara) tanpa maklumkan kepada pihak pengurusan kerana akan menyusahkan mereka.

“Tapi kalau sudah sehingga melemparkan fitnah dengan niat untuk memburukkan institusi Melayu-Bumiputera ini, saya tiada pilihan melainkan untuk menyaman fitnah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN