Penangguhan pencalonan pemilihan PKR tiada kaitan Rafizi

Penangguhan pencalonan pemilihan PKR tiada kaitan Rafizi

ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR menafikan dakwaan penangguhan proses pencalonan pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mempunyai kaitan dengan cuti yang diambil Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli.

Pengerusi JPP, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustapha berkata, penangguhan tersebut tiada sebarang hubung kait dengan pemimpin terbabit dan ia merupakan keputusan dibuat secara kolektif oleh jawatankuasa berkenaan.

“Sudah tentu tiada kaitan dengan Rafizi Ramli. Sebagaimana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cuti itu adalah perkara biasa,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Rumah Mampu Milik (RMM) dan Pengumuman Inisiatif Pemerkasaan Pendidikan untuk Komuniti B40 di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zaliha berkata, keputusan menangguhkan pencalonan itu dibuat jawatankuasa pusat dan diterima baik oleh semua ahli parti.

Semalam, JPP memaklumkan proses pencalonan pemilihan PKR 2025 peringkat pusat yang sepatutnya berlangsung hari ini dan esok, ditangguhkan kepada 8 dan 9 Mei.

Pengumuman itu keluar ketika beberapa pihak menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap proses pemilihan peringkat cabang yang berlangsung baru-baru ini yang menyaksikan sejumlah tokoh termasuk dalam kalangan menteri dan wakil rakyat dikalahkan pencabar dalam kalangan ahli biasa.

Sesetengah pihak menganggap calon berpengaruh yang kalah itu merupakan tokoh dalam kalangan kem Rafizi.

Kekalahan mereka memberi gambaran bahawa Menteri Ekonomi terbabit berdepan jalan sukar untuk mempertahankan jawatan nombor dua parti apabila pemilihan peringkat pusat dijalankan tidak lama lagi.

Rafizi juga dilaporkan bercuti selama beberapa hari. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya