Pemilik ‘dashcam’ kes kemalangan langgar lampu merah Senawang tampil bantu siasatan

Pemilik ‘dashcam’ kes kemalangan langgar lampu merah Senawang tampil bantu siasatan

TANGKAP layar rakaman sebuah van yang melanggar lampu isyarat dalam kejadian di Jalan Persiaran Senawang 1 dekat persimpangan lampu isyarat Taman Matahari Height, Senawang, Seremban tengah malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pemilik kamera papan pemuka (dashcam) yang merakam kejadian kemalangan melibatkan van yang melanggar lampu isyarat merah dan melanggar sebuah motosikal di persimpangan Taman Matahari Height di sini tengah malam semalam telah tampil membantu siasatan. 

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, lelaki berusia 20 tahun itu telah hadir ke balai polis semalam dan keterangannya telah diambil.

“Seorang pemilik dashcam sudah tampil ke balai polis bagi membantu siasatan kes kemalangan berlaku.

“Terima kasih kepada pengguna jalan raya ini kerana segera hadir memberikan kerjasama semalam. Kami sudah ambil keterangan mereka,” katanya hari ini.

Mohamad Hatta berkata, mana-mana orang awam atau saksi bebas boleh tampil memberikan kerjasama bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Tiew Chuan Jie di nombor 014-9668399 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau menambah, hasil ujian air kencing yang dijalankan terhadap pemandu van berusia 44 tahun adalah negatif dan dia telah direman selama empat hari.

“Lelaki ini adalah pemandu van milik syarikat dan kenderaan dipandunya bukan milik persendirian. Jadi dengan kerjasama pemilik dashcam ini kami harap dapat mendakwa pemandu van terlibat dalam masa terdekat,” katanya.

Semalam media melaporkan, seorang penunggang motosikal berusia 20 tahun maut selepas dirempuh sebuah van yang melanggar lampu isyarat merah di Jalan Persiaran Senawang 1 dekat persimpangan lampu isyarat Taman Matahari Height, Senawang, di sini tengah malam semalam.

Ia merupakan lokasi sama meragut nyawa tiga remaja iaitu penunggang dan pembonceng motosikal yang dirempuh kereta juga akibat tidak berhenti di lampu isyarat merah dalam kejadian pada 6 Mac lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya