Pemandu maut rempuh lori bawa gas

Pemandu maut rempuh lori bawa gas

KEADAAN nahas membabitkan dua buah lori di Kilometer 244.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki maut selepas lori dipandunya merempuh belakang sebuah lori membawa muatan gas di Kilometer 244.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, dalam kejadian pada pukul 6.10 pagi itu, mangsa berusia 56 tahun meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di kepala.

Mohamad Hatta berkata, nahas itu melibatkan dua buah lori yang dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Johor Bahru.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila lori jenis Hino yang dipandu mangsa dipercayai mengekori rapat lori di hadapannya yang membawa muatan gas sebelum hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang lori tersebut. 

“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini 

Menurut Mohamad Hatta, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Rembau bagi tujuan bedah siasat.

“Bagaimanapun pemandu lori gas tidak cedera. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN