TELUK INTAN: Pemandu lori muatan batu yang terlibat nahas tragis membabitkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Kilometer 15, Jalan Sungai Manik di sini Selasa lalu, memohon maaf kepada keluarga mangsa. Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, berkata, dia berharap keluarga kesemua mangsa dapat memaafkannya. “Saya memang minta maaf. Saya harap keluarga mangsa dapat maafkan saya,” katanya selepas dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Teluk Intan setelah selesai membayar wang ikat jamin berjumlah RM6,000 bagi sembilan pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota FRU pada 13 Mei lalu. Pembayaran wang jaminan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya