KUALA KANGSAR: Perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi peluang kepada belia menyampaikan khutbah Jumaat di masjid di negeri itu merupakan satu pengiktirafan institusi kesultanan terhadap golongan muda. Imam Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Syed Muhammad Hazwan Syed Azmai berkata, perkenan Tuanku itu merupakan sesuatu yang besar buat golongan muda dengan memainkan peranan penting bagi memimpin solat. “Ini satu pengiktirafan peranan dan potensi belia. Keputusan ini mencetuskan keyakinan diri dalam…










