Pelantikan Nik Abduh dalam JKMR lambang komitmen Pas perangi rasuah

Pelantikan Nik Abduh dalam JKMR lambang komitmen Pas perangi rasuah

TUAN IBRAHIM TUAN MAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelantikan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebagai ahli Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) merupakan penghormatan besar dan seiring dengan komitmen parti itu dalam memperjuangkan usaha membanteras rasuah di negara ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pelantikan itu diharap menjadi medan untuk Nik Abduh menyumbang secara bermakna dalam memperkukuhkan kesedaran awam terhadap bahaya rasuah serta memperjuangkan nilai-nilai integriti dalam masyarakat dan pentadbiran negara.

“Rasuah merupakan wabak yang merosakkan sistem pentadbiran negara dan perbuatan yang dilaknat oleh Allah SWT.

“Ia melibatkan semua pihak sama ada pemberi, penerima mahupun mereka yang membiarkan perbuatan itu berlaku. Natijah daripada jenayah ini boleh menggugat kestabilan dan keharmonian negara serta menjejaskan tata kelola pentadbiran yang baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan Ahli Dewan Negara, Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz merupakan antara tiga ahli baharu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) bagi tempoh tiga tahun sehingga 25 April 2028.

Selain Nik Mohamad Abduh, dua individu lain ialah Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan dan Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelantikan tersebut diyakini dapat memperkukuh usaha kerajaan dalam memerangi rasuah serta meningkatkan integriti dalam pentadbiran negara.

Pelantikan Nik Abduh ke JKMR dibuat atas perkenan Yang di-Pertuan Agong selepas mendapat nasihat daripada Perdana Menteri, selaras dengan peruntukan Seksyen 14 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Akta 694).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya