Pelanggaran 5 konsensus: ASEAN guna pendekatan lebih diplomasi - Utusan Malaysia

Pelanggaran 5 konsensus: ASEAN guna pendekatan lebih diplomasi

MOHAMAD Hasan pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Menteri Luar Asean sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan GCC di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada sebarang sekatan atau tindakan lain dikenakan terhadap Myanmar walaupun negara terbabit telah melanggar Lima Perkara Konsensus berulang kali.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, semua negara-negara anggota ASEAN bersetuju menggunakan pendekatan dan saluran lain yang lebih berdiplomasi terhadap negara yang dipimpin junta itu.

Bagaimanapun katanya, Myanmar perlu bersikap telus dan patuh kepada perjanjian yang dipersetujui dalam Perhimpunan Negara ASEAN pada tahun 2021 itu.

“Lima perkara konsensus itu tonggak kepada penyelesaian yang telah dipersetujui bersama oleh ASEAN dan Majlis Pentadbiran Negara (SAC) Myanmar.

“Apa yang kita mahukan sekarang ialah hentikan permusuhan dan laksanakan gencatan senjata serta pastikan semua pasukan yang menghantar bantuan kemanusiaan dapat masuk ke kawasan yang diperlukan.Apabila kita (negara ASEAN) dapat bersama-sama nanti, barulah kita pastikan mereka dipimpin secara demokratik sepenuhnya,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Lima Perkara Konsensus itu turut dipersetujui Ketua Junta Myanmar, Jeneral Kanan Min Aung Hlaing dala pertemuan tersebut yang diadakan di Jakarta, Indonesia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN