Pasaran saham dibuka negatif pagi ini - Utusan Malaysia

Pasaran saham dibuka negatif pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bursa Malaysia menurun 0.25 mata kepada 1,582.14 pada pukul 9.03 pagi hari ini, berbanding 1,582.39 pada penutup Selasa.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,583.23.

Jumlah dagangan sebanyak 78.41 juta unit bernilai RM45.01 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 192 berbanding 97, dengan 231 kaunter tidak berubah dan 1,887 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun menurun 62.93 mata atau 0.16 peratus kepada 38,120.33, manakala indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 15.17 mata atau 0.58 peratus kepada 2,623.59.

Selain itu, indeks STI Singapura menaik 4.89 mata atau 0.13 peratus kepada 3,881.05 ketika berita ini ditulis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN