SHAH ALAM: Pasangan kekasih yang tular kerana mencuri barang kemas bernilai lebih RM110,000 sebelum ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas kesalahan tersebut. Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh Abdul Hafiz Mohamed Samsudin, 25 dan Nur Farwizah Mohd. Yusof, 23, mengaku tidak bersalah selepas mendengar pertuduhan dibacakan ke atas mereka. Berdasarkan pertuduhan, pasangan itu dituduh secara bersama-sama mencuri dua bentuk cincin dan gelang tangan emas dengan berat keseluruhan 244.08 gram berharga RM111,743.55. Kesemua barangan…