Nik Nazmi 'kunci mulut', tunggu pemilihan PKR

Nik Nazmi ‘kunci mulut’, tunggu pemilihan PKR

NIK NAZMI NIK AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad terus mengunci mulut sama ada akan mengikuti langkah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli yang sedia meletak jawatan sekiranya tewas dalam pemilihan parti hujung bulan ini.

Beliau yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam sebaliknya hanya akan membuat keputusan tentang perkara itu selepas Kongres Nasional PKR pada hujung minggu ini.

“Kita tunggu pemilihan nanti, kita tunggu kongres,” katanya ringkas ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Jawatankuasa Khas Konflik Manusia-Gajah dan Sesi Dialog Bersama Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, di sini hari ini.

Nik Nazmi ditanya pendiriannya terhadap kenyataan Rafizi tentang masa depannya dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Pada 10 Mei lalu, Rafizi dilaporkan sedia melepaskan jawatan dalam Kabinet sekiranya gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan kali ini, sebaliknya kekal menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Pandan demi memperjuangkan hak dan kebajikan rakyat di kawasan berkenaan.

Nik Nazmi sebelum ini mahu mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dalam pemilihan parti kali ini meskipun tewas dalam pemilihan Ketua Cabang Setiawangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN