Nahas trak FRU: Kehilangan besar buat PDRM

Nahas trak FRU: Kehilangan besar buat PDRM

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Nahas yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan Perak pagi tadi merupakan kehilangan besar buat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, seluruh warga jabatan itu merakamkan takziah serta rasa dukacita yang amat mendalam atas tragedi tersebut.

“Pemergian mereka merupakan satu kehilangan besar buat pasukan dan negara. Mereka telah berkhidmat dengan penuh dedikasi serta komitmen dalam menjaga keamanan dan keselamatan tanah air.

“Saya mendoakan agar roh para wira yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Buat keluarga mangsa, semoga dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, bagi anggota yang sedang menerima rawatan, seluruh warga PDRM mendoakan agar mereka segera pulih seperti sediakala. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN