TELUK INTAN: Angka kematian membabitkan kemalangan sebuah trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan sebuah lori pasir meningkat kepada sembilan orang.
Lapan daripada mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian sementara seorang lagi di Hospital Teluk Intan.
Sementara itu, 8 anggota FRU yang cedera dalam nahas tersebut telah dikenal pasti identiti mereka dan dikejarkan ke Hospital Teluk Intan untuk menerima rawatan lanjut. – UTUSAN