MyKiosk: SPRM sedia siasat jika wujud elemen rasuah dan salah laku

MyKiosk: SPRM sedia siasat jika wujud elemen rasuah dan salah laku

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia menyiasat projek MyKiosk jika benar wujud elemen dan rasuah seperti yang didakwa beberapa pihak.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, setakat ini pihaknya sudah menerima laporan berhubung perkara berkenaan daripada dua pihak termasuk menerima dokumen berkaitan projek berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima dokumen berkaitan projek MyKiosk oleh Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) hari ini selain laporan oleh Pemuda MCA semalam.

“Ada laporan diterima, saya boleh sahkan (laporan) oleh MCA semalam dan hari ini ada pihak KPKT membekalkan beberapa dokumen (berkaitan projek MyKiosk). Saya beri jaminan sekiranya ada elemen rasuah, kita akan siasat, bagi masa kepada kita untuk melihat apa-apa keterangan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tengah hari tadi, JKT yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyerahkan dokumen berkaitan projek MyKiosk di Ibu Pejabat SPRM di sini.

KPKT dalam kenyataan berkata penyerahan dokumen secara sukarela itu sebagai tanda komitmen kementerian dalam memastikan ketelusan serta integriti projek itu.

Ia susulan laporan dibuat Pemuda MCA Selangor kepada SPRM yang menggesa supaya siasatan dibuat membabitkan projek MyKiosk kendalian KPKT itu.

Mengulas lanjut, Azam berkata, buat masa ini pihaknya belum membuka sebarang kertas siasatan.

“Setakat ini apa yang dilaporkan kepada kami adalah berdasarkan maklumat media sosial dan sebelum ini SPRM pun tidak menerima sebarang laporan khusus yang menyatakan sebarang dokumen, keterangan dan sebagainya.

“Jadi berhubung perkara yang timbul daripada media sosial ini, saya perlu ulang beberapa kali bahawa kita perlu membuat pengesahan terlebih dahulu, tak boleh buat kesimpulan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN