LANGKAWI: Kementerian Pertahanan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memeterai perjanjian pembangunan sistem radar pertahanan udara jarak jauh untuk kegunaan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Perjanjian itu ditandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali dan Pengerusi Eksekutif SKMM, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din di Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25). Majlis perjanjian tersebut turut disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.…