Mimi Lana pilih masakan mentua - Utusan Malaysia

Mimi Lana pilih masakan mentua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Syafiq sebenarnya anak mak.”

Demikian kongsi pelakon, Mimi Lana yang mendedahkan sisi sebenar suaminya, Syafiq Kyle.

Mimi menerusi video di TiTok turut menceritakan sikap penyayang ibu mentuanya, Rohaya Sulaiman yang menjadi saksi pasang surut kisah cinta mereka.

“Saya dan Syafiq bercinta sudah 10 tahun, jadi saya sudah agak lama kenal keluarganya.

“Ibu Syafiq baik dan lembut orangnya. Dia memahami perangai kami. Naik turun hubungan pun dia tahu,” katanya.

Dalam masa sama, pelakon drama Perempuan Itu turut memuji kehandalan ibu mentuanya memasak.

“Saya selalu tanya ibu Syafiq tentang masakan sebab dia memang handal dalam bab itu.

“Dan saya memilih untuk makan masakan ibu mentua berbanding masakan sendiri sebab bila balik kampung, kita lebih suka air tangan mak.

“Banyak resipi yang akan saya minta dari ibu mentua saya nanti,” ujarnya.

Terdahulu, Mimi dan Syafiq mengejutkan ramai pihak selepas mengumumkan pernikahan mereka pada 14 Februari lalu.

Majlis pernikahan tersebut turut diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat di sebuah ruang acara sekitar Perak.

Mimi dan Syafiq sepatutnya mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023, namun majlis tersebut dibatalkan atas sebab yang tidak diperincikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN