Mesyuarat SOM bincang isu Timor Leste

Mesyuarat SOM bincang isu Timor Leste

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN (SOM) hari ini memberi tumpuan usaha memperkukuh gerak kerja ASEAN di bawah kepengerusian Malaysia sehingga akhir tahun ini, selain membincangkan isu berkaitan Timor Leste.

Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin berkata, antara isu yang dibincangkan termasuk berkaitan Zon Aman Tanpa Senjata Nuklear ASEAN dan langkah di bawah Forum Serantau ASEAN (ARF) bagi memperkukuh kerjasama antara negara serantau dan bukan ASEAN.

Katanya, mesyuarat turut menumpukan kepada pelarasan isu yang akan dipertimbang untuk mesyuarat peringkat Menteri ASEAN esok dan Ketua-Ketua Negara serta kerajaan pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 pada Isnin ini.

“Tumpuan hari ini pada peringkat pegawai kanan adalah kami selaraskan isu-isu yang akan di beri pertimbgan oleh peringkat menteri pada esok hari, peringkat negara dan ketua kerajaan semasa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 pada 26 Mei ini.

“Banyak isu yang dibincangkan dan ia lebih kepada persediaan, antaranya berkaitan Timor Leste. Menteri Luar akan mengadakan sidang media pembuka tirai esok dan maklumat terperinci akan dikongsikan beliau,” katanya ketika ditemui pemberita di luar mesyuarat berkenaan.

Sementara itu, Amran berkata, mesyuarat hari ini turut membincangkan persediaan mesyuarat peringkat pegawai kanan Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) pada Jun, membabitkan pegawai kanan ASEAN+3, selain mesyuarat pegawai kanan ARF.

“Banyak aspek yang kita beri tumpuan supaya apabila mesyuarat diadakan Jun nanti, ASEAN secara kolektifnya bersedia untuk merangka hala tuju mekanisme ASEAN berkenaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN