Memorandum RUU Perikanan Pindaan 2025 dibentang ke Kabinet

Memorandum RUU Perikanan Pindaan 2025 dibentang ke Kabinet

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) membentangkan Memorandum Rang Undang-Undang (RUU) Perikanan (Pindaan) 2025 dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pindaan itu amat penting bagi memastikan kelestarian sumber laut negara dan kemampanan industri perikanan terus terjamin.

Katanya, setiap cadangan pindaan bagi menambah baik pemantauan, penguatkuasaan, dan perlindungan ekosistem marin negara itu diperincikan beliau dalam mesyuarat berkenaan yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pindaan ini amat penting untuk memastikan kelestarian sumber laut negara dan kemampanan industri perikanan, yang menjadi salah satu tunjang kepada keterjaminan makanan negara.

“Yang lebih utama, kita mahu pastikan undang-undang ini bukan sahaja melindungi khazanah laut negara, tetapi juga menjamin kebajikan nelayan serta semua pihak berkepentingan dalam sektor perikanan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya.

Beliau berkata, KPKM komited untuk terus memperkukuhkan dasar dan perundangan bagi menjamin, melindungi dan memelihara industri perikanan tempatan.

“KPKM komited untuk terus memperkukuhkan dasar dan perundangan demi menjamin bekalan makanan negara sentiasa mencukupi. Melindungi pemain industri agromakanan, khususnya nelayan. Terakhir, memelihara kelestarian sumber semula jadi negara untuk generasi akan datang

“Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan masa depan industri perikanan negara terus mampan dan berdaya saing,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN