Maut langgar wayar di tengah jalan

Maut langgar wayar di tengah jalan

video seks
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang operator kilang maut selepas motosikalnya terbabas akibat melanggar wayar yang melintang di tengah jalan dalam kejadian di Kilometer 68, Jalan Alor Setar- Butterworth di Tikam Batu, malam tadi.

Dalam kejadian pukul 10.25 malam itu, mangsa, Mohd. Faiz Samsudin, 30, disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan berlaku semasa mangsa menunggang motosikal jenis Honda RS dari arah Tikam Batu menghala ke Sungai Petani.

“Tiba di lokasi kejadian mangsa dikatakan telah melanggar wayar lampu jalan yang merintangi jalan terbabit lalu menyebabkan motosikalnya terbabas dan mangsa tercampak ke tengah jalan.

“Dalam masa sama dua buah kereta masing-masing jenis Perodua Alza dan Renault dari arah sama tidak sempat mengelak dan merempuh mangsa,” katanya.

Wan Azharuddin berkata, pemandu Perodua Alza berusia 29 tahun dan pemandu Renault berusia 56 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Impak kemalangan itu menyebabkan motosikal mangsa rosak teruk manakala dua buah kereta terbabit hanya rosak di bahagian hadapan sahaja. Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

“Kita sedang mengesan saksi bebas yang melihat kejadian itu dan meminta pengguna jalan raya yang sempat merakam kejadian berkenaan untuk tampil membantu siasatan yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN