MAS batal penerbangan ke Amritsar hingga esok 

MAS batal penerbangan ke Amritsar hingga esok 

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia Airlines (MAS) mengumumkan penggantungan sementara semua penerbangan antara Kuala Lumpur (KUL) dan Amritsar (ATQ) sejak semalam (7 Mei) hingga esok. 

MAS berkata, ia susulan penutupan Lapangan Terbang Amritsar di India berikutan keadaan keselamatan dan operasi yang tidak menentu di rantau tersebut.

“Dua penerbangan yang terjejas adalah MH118 (KUL–ATQ) dan MH119 (ATQ–KUL). 

“Kami memberi jaminan akan terus memantau perkembangan serta mengemaskini maklumat berkaitan pembatalan penerbangan dari semasa ke semasa, termasuk memaklumkan secara langsung kepada pelanggan terjejas,” katanya dalam kenyataan. 

Penumpang diminta mengemaskini maklumat perhubungan melalui bahagian ‘My Booking’ dalam laman web rasmi MAS bagi memastikan mereka menerima makluman penting melalui e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Pelanggan juga boleh mendapatkan bantuan lanjut melalui Live Chat di laman web atau menghubungi Pusat Perhubungan Global di 1 300 88 3000 (dalam Malaysia) atau +603 7843 3000 (luar Malaysia).

“MAS menegaskan keselamatan penumpang dan anak kapal sentiasa menjadi keutamaan utama dalam setiap keputusan yang diambil,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN