Mantan wartawan Utusan Malaysia, Fauziah Rauf meninggal dunia - Utusan Malaysia

Mantan wartawan Utusan Malaysia, Fauziah Rauf meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mantan wartawan Utusan Malaysia, Fauziah Rauf telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

Khabar duka itu dikongsikan Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) menerusi satu kenyataan media, baru-baru ini.

Presiden WHAM, Tengku Datuk Khalidah Tengku Bidin menyifatkan Allahyarham sebagai wartawan yang disegani dan dihormati.

“Allahyarhamah Fauziah merupakan sosok wartawan wanita yang disegani dan dihormati dalam dunia kewartawanan serta industri seni dan hiburan tanah air.

“Beliau bukan sahaja cemerlang dalam penulisan, malah antara wartawan wanita terawal yang berjaya menubuhkan syarikat penerbitan sendiri yang menerbitkan Majalah PESTA dan akhbar Pentas Dunia,” katanya.

Anak allahyarhamah, Nilly Wahidah Omar memaklumkan jenazah Fauziah kini berada di kediamannya di Selayang dan akan dibawa ke Masjid Selayang Baru pada pukul 10 pagi untuk dimandi, dikafan dan disolatkan.

“Kemudian Jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor, Insya-Allah,” kongsinya.

Allahyarhamah merupakan penerima Anugerah Tokoh Wartawan Berjasa sempena Anugerah Kewartawanan Industri Perfileman Malaysia (AKIFMA) 2017.

Selain itu arwah juga merupakan individu yang bertanggungjawab membawa penyanyi tempatan, antaranya Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain, Anis Suraya dan Slam ke pertandingan Voice of Asia di Khazakhstan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN