Luah rindu mak, Khai Bahar hilang tempat mengadu - Utusan Malaysia

Luah rindu mak, Khai Bahar hilang tempat mengadu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Khai Bahar meluahkan rasa sedih apabila kini dia kehilangan tempat mengadu dan meluahkan rasa rindu terhadap ibunya.

Kongsi Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul bin Baharuddin, 31, dia sebelum ini, sering meluahkan perasaan kepada ibunya namun sekarang keadaan tidak lagi sama selepas ibunya meninggal dunia.

“Maaf semua, aku bersuara bukan sebab hendak perhatian dari sesiapa,aku sedih sebab aku tidak kuat.

“Dulu bila orang cakap macam-macam pasal aku, aku ada tempat nak mengadu dekat mak aku, sekarang aku tak tahu nak mengadu dekat siapa,” katanya menerusi Instagram Story (Igs) di akaun miliknya.

Tambah Khai, dia mengakui dirinya banyak kesilapan akan tetapi dia berharap warga internet berhenti membuat fitnah terhadap dirinya dan adik iparnya.

“Aku bukan baik mana pun, sama macam orang lain ada buat silap.

“Tapi janganlah sampai nak fitnah tuduh aku dengan adik ipar aku sendiri benda yang tidak ada,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Bayang itu turut menasihati warga internet untuk sentiasa berhati-hati apabila melontarkan komen supaya tidak mengguris hati mana-mana pihak.

“Aku masih ada iman cuba untuk kuat, aku sampai tak ada arah tuju, bukan nak raih simpati sesiapa.

“Kalau tak mampu bagi orang senyum, jangan lah bagi orang stress (tertekan) sampai tahap hilang kawalan,” katanya lagi.

Sebelum ini, Khai sering dikaitkan dengan tuduhan tidak berasas bahawa dia terlibat dengan isu orientasi seksual oleh warganet namun perkara itu adalah fitnah dan berharap masyarakat menjaga aib masing-masing.

“Aku tidak menidakkan kalau benda yang aku buat tu betul, dan aku tak pernah jawab ya atau tidak bila soalan pelik-pelik. Jaga aib masing-masing.

“Kalau ada rasa tak puas hati dengan aku, DM (direct message) terus, tak perlu cakap open (terbuka) benda yang tak ada.

Tambah Khai, dirinya kini sedang mencuba yang terbaik untuk hidupnya dan tidak mahu mengingati perkara-perkara lama.

“Kalau nak cakap benda lama, tolonglah, buka minda masing-masing, hidup kita bukan mengundur.

“Aku dah cuba untuk jadi yang terbaik untuk aku dan orang-orang aku sayang terutama keluarga, cukup-cukuplah nak YTJT (yang tahu je tahu) benda lama lah zaman dulu lah.

“Bangun lah, nak aku mati ke baru korang nak diam pasal aku?,” soalnya lagi.

Sementara itu, ramai warganet dan selebriti lain memberi kata-kata semangat kepada Khai bagi menenangkan penyanyi itu.

“You got this Khai! Hang kuat”, kata warganet.

“Abang Khai sabar ya, kalau orang tu dah busuk hati memang segala aib, kisah lama, fitnah dan sewaktu dengannya dia akan cuba jaja. Yang penting, Allah tahu, pekakkan telinga, teruskan berjalan,” kata penyanyi, Nana Sheme.

Difahamkan, spekulasi itu mula tercetus apabila penyanyi itu memuat naik video ‘boomerang’ bersama adik iparnya di aplikasi X. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya