Kebolehpasaran graduan akuakultur UMT meningkat

Kebolehpasaran graduan akuakultur UMT meningkat

LOKMAN Nor Hakim Norazmi (duduk, kanan) melihat ikan keli yang diternak pelajar tahun akhir Program Akuakultur UMT, di Kuala Nerus, Terengganu. - UTUSAN/ ERMA YUSNIDA JUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kebolehpasaran kerja graduan bidang akuakultur dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) meningkat sejak beberapa tahun lalu.

Pensyarah Kanan Fakulti Perikanan dan Sains Makanan UMT, Ts. Dr. Lokman Nor Hakim Norazmi berkata, dua tahun lepas kadar kebolehpasaran kerja mencapai 87 peratus.

Katanya, ia menunjukkan peningkatan kerana graduan akuakultur semakin diperlukan bagi memenuhi sektor tersebut.

“Kebanyakan graduan lulusan UMT terus diserap sebagai pekerja selepas tamat latihan industri. Ini menggambarkan graduan yang dilahirkan memenuhi kriteria dalam pasaran kerja,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini.

Lokman Nor Hakim berkata, walaupun ramai yang memilih kursus akuakultur pada masan ini namun pihaknya lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti.

“Graduan akuakultur UMT yang dilatih dalam aspek teknikal, bioteknologi perikanan, pengurusan ternakan laut serta penyelidikan marin dilihat memiliki kelebihan tersendiri. UMT menyediakan graduan yang cukup bersedia dari segi teori dan amali,” katanya.

Sementara itu , Nuratashasya Kamal, pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Akuakultur UMT, mengakui bidang itu mencabar namun mempunyai masa depan yang baik.

Katanya, projek ikan keli menjadi pilihan bersama kumpulannya untuk projek tahun akhir dan   menyasarkan jualan melebihi RM2,000.

“Saya tidak kisah berpanas dan penat  kerana percaya bidang ini boleh menjana pendapatan lumayan pada masa depan. Sepanjang menguruskan projek ternakan ini, banyak ilmu baharu yang saya dapat berkaitan penternakan ikan keli secara mendalam dari segi teknikal khususnya,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN