Lima ditahan ceroboh Hutan Simpan Batu Talam

Lima ditahan ceroboh Hutan Simpan Batu Talam

LIMA lelaki termasuk empat warga asing ditahan selepas di kesan menceroboh Hutan Simpan Batu Talam di Raub, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Tindakan lima lelaki termasuk empat warga asing menceroboh Hutan Simpan Batu Talam di sini membawa padah apabila mereka dicekup polis dalam serbuan petang semalam.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd. Shahril Abd. Rahman berkata, kelima-lima suspek berusia 30 hingga 50 tahun itu ditahan hasil rondaan bersama anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dan Balai Polis Tranum.

“Sebaik tiba di kawasan hutan simpan, pasukan kami terserempak dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki tempatan dan sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki warga Indonesia.

“Pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan sebuah rumah kongsi tidak jauh dari lokasi, yang menempatkan tiga lagi lelaki warga Indonesia,” katanya di sini hari ini.

Tambah Mohd. Shahril, kesemua suspek gagal menunjukkan sebarang dokumen kebenaran dan ditahan di lokasi kejadian.

“Pihak polis turut mendapatkan pengesahan Pejabat Hutan Daerah Raub yang mengesahkan kawasan tersebut adalah sebahagian daripada Hutan Simpan Batu Talam yang dilindungi.

“Kelima-lima suspek kini ditahan di IPD Raub untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 88(1) Akta Perhutanan Negara 1984,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya