KOTA BHARU: Kawalan sempadan Malaysia-Thailand negeri ini terus diperketatkan dalam usaha membendung kemasukan lembu-lembu seludup negara jiran yang dibimbangi terkena jangkitan antraks sekali gus boleh membawa maut kepada orang ramai. Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, kebimbangan itu berasas selepas Thailand merekodkan satu kematian akibat jangkitan antraks telah direkodkan pada 1 Mei lalu. “Bila masuk secara haram (seludup) lembu-lembu ini tidak menjalani proses kuarantin oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis). “Jadi kita tidak dapat periksa (penyakit) membuatkan kita risau sama ada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya