Lelaki jangan mudah fikir cerai - Aliff Syukri - Utusan Malaysia

Lelaki jangan mudah fikir cerai – Aliff Syukri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri memahami situasi yang dialami anak-anak yang membesar dalam keluarga berpecah belah atau ‘broken family’.

Jelas Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 38, anak-anak yang membesar dalam keadaan tidak normal akan berasa kosong kesan daripada ibu bapa yang tidak mempunyai hubungan baik.

“Sebenarnya ramai yang tidak tahu. Bukan sahaja pasal broken family, ada juga istilah yang dipanggil ibu bapa toksik. Benda ini kita tidak perasan, tapi ia sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita sendiri.

“Awak akan nampak kehidupan tidak normal, tidak seperti orang biasa. Kebahagiaan awak kosong.

“Kebiasaannya apabila benda itu berlaku. Saya selalu menyalahkan diri saya sendiri. Saya tidak menyalahkan atau jelaskan kepada orang lain. Takkan kita mahu ikut ibu bapa kita memilih perceraian?

“Apabila berkahwin, mungkin ada yang terfikir tentang perceraian. Tapi saya selalu beranggapan, sebagai lelaki jangan mudah memikirkan cerai walaupun 60 peratus rakan saya yang kawin sudah cerai atau berkahwin dua,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kota Damansara, baru-baru ini.

Oleh itu, sejak berkahwin dengan isteri, Nur Shahida pada 2007, penyanyi Bobo Di Mana itu bertekad untuk menjaga keluarga kecilnya demi kesejahteraan enam orang anak.

“Saya mahu nasihatkan, perceraian memberi kesan kepada anak-anak. Sebagai ibu ayah, kita mungkin tak rasa, tapi anak-anak cukup kuat merasa impaknya.

“Sebagai suami isteri, selagi kita boleh jaga perhubungan ini, jagalah. Saya fikir, jika seseorang ada pegangan agama, jika dia hanyut sekalipun, dia tidak akan hanyut jauh sangat. Bila ada keluarga yang bagus, dia akan jadi bagus juga,” katanya.

Bercerita mengenai tips mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga, Aliff akan berkumpul dengan seluruh ahli keluarga setiap minggu selain mengajak anak-anak ke tempat kerja.
“Setiap minggu kami akan berkumpul, saya akan nasihatkan anak tentang topik isu semasa tak kisahlah zina, dadah atau pendidikan. Ini apa yang keluarga saya praktikkan.

“Sebagai bapa, saya tak akan hilang walau satu kenangan pun dengan anak. Kalau saya buat siaran langsung atau pergi berniaga, saya bawa anak sekali.

“Bagi saya, bila kita ada satu ikatan keluarga yang longgar, anak akan sunyi. Saya tak akan buat itu kepada anak-anak saya,” ceritanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN