MEKAH: Jemaah haji Malaysia yang kehilangan kad Nusuk diminta melaporkan segera kepada Tabung Haji (TH) bagi mengelakkan kesulitan ketika menjalani pemeriksaan oleh pihak berkuasa Arab Saudi. Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd. Hisham Harun berkata, kad Nusuk adalah satu kad yang amat penting diberikan oleh kerajaan Arab Saudi melalui Kementerian Haji dan Umrah. Beliau berkata, ia merupakan satu bentuk identifikasi jemaah haji yang diperkenalkan oleh Arab Saudi tahun lalu dan diteruskan…










